Thursday, May 6, 2010

Update....

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua orang...
Aku rasa memang dah lama sangat tak update blog aku ni. Nak kata sibuk tak juga.
Tapi mungkin ada perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku ni yang membuatkan aku jarang update blog aku ni.
Kadang-kadang aku rasa aku nih macam ada sindrom lak, sindrom bila tak duduk depan laptop bertimbun jer idea, bila dah nak menulis semua yang ada hilang...

Dalam pada masa yang sama aku tengah buat lagi satu website yang menggunakan hosting free dan server juga free. Tapi tu semua masih dalam perancangan jadi tak jadi tengok la ikut kerajinan aku. Aku bukan jenis yang pandai menulis tapi cuma hobi aku yang suka nak cuba benda-benda baru ni...Tambah-tambah dalam bidang IT walaupun aku bukan la seorang pelajar yang ambil jurusan IT...Tak salah kan...

Kali ni mungkin sampai sini jer. Mungkin dalam sehari dua lagi aku akan update lagi...
Sekarang tengah mode belajar Bahasa Melayu, jadi aku cuba untuk menulis sebaik mungkin dalam Bahasa Melayu. Bahasa Ibunda kita...

2 comments:

beliamuda said...

walau tak belajar IT, takde halangan untuk mencuba benda2 IT related ni. maybe ni salah satu soft skill jugak..

bobchanz said...

yeah...agree with u...
tak bermakna kita x amik IT x boleh belajar sal IT kan...hehehe

Related Posts with Thumbnails