Friday, May 7, 2010

Kad Pelajar 1 Malaysia KTMB



Aku boleh dikatakan agak kerap meggunakan perkhidmatan KTMB sama ada KTM Komuter mahupun KTM Antarabandar. Walaupun kadang-kadang aku serik meggunakan perkhidmatan KTMB terutama Komuter, tetapi memandangkan tiada pilihan aku terpaksa juga naik.
Untuk antarabandar aku menggunakannya sebab bagi aku menaiki kereta api lebih selesa dari menaiki bas dengan harga yang hampir sama.

Tetapi sekarang bukan untuk aku menceritakan masalah atau kelebihan menaiki KTM ni.
Seperti gambar di atas, KTM telah melancarkan satu kad diskaun khas untuk pelajar-pelajar Universiti. Untuk mendapatkan kad ni sgt mudah, tidak sampai 5 minit pun boleh siap. Itu pun kalau buat di KL Sentral. Anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan dan tunjukkan ID Pelajar beserta Kad Pengenalan. Tidak berapa lama lepas tu siap la kad anda. Tiada bayaran dikenakan. Buat masa kini, kad ni sah sehingga 31 Disember 2010 walaupun anda buat dalam lingkungan masa selepas ini sebab kad ini sebenarnya dah ditetapkan sah dari 1 Januari 2010 sehinggalah 31 Disember 2010.
Faedahnya, anda akan mendapat potongan 50% untuk semua destinasi tiket KTM Antarabandar.

Untuk orang yang bukan pelajar, mereka juga boleh memohon kad diskaun tetapi jika tidak salah dikenakan yuran tahunan sebanyak RM30. Bagi aku sesiapa yang selalu menggunakan perkhidmatan KTM ni, agak berbaloi untuk memohon kad diskaun tersebut.

Cukup la untuk setakat ni dulu. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai kad diskaun KTM ni, jangan tanya aku pula. Sila bertanya kepada pihak KTMB.

2 comments:

Mardhiah said...

eh,serious ke? tak prnh nmpk pun org gune kad ni? dah la free reg n dpt diskaun 50%

ko bt kt klcentral ye?kaunter beli tiket ke

bobchanz said...

tak..die kaunter lepas tiket lagi...hujung sket...
x ramai sgt tau aku rase..
aku pon kwan aku yg bgtau...

Related Posts with Thumbnails