Sunday, June 7, 2009

Cerita Aku...

Dah lama sangat aku rasa aku tak update blog aku. Nak kata tak duduk depan laptop, aku rasa setengah hari jer aku habiskan masa depan laptop aku. Nak update blog, malas pun ada, takde idea pun ada. Aku pun bukan jenis pandai menulis sangat pun. Aku buat blog sebab ada kawan aku mula buat blog dulu. So, aku rasa macam best jer buat blog ni.
Aku kalau tengah minat, aku jalan jer. Aku memang minat bab2 komputer dengan teknlogi ni. Cuma belajar je tak ambik kos IT @ CompScience atas sebab2 tertentu.
So, kali ni just nak cerita sikit2 perkara yang telah berlaku sepanjang 2 bulan aku telah bercuti.

1. Handphone aku yang aku rasa handphone paling best aku pernah ada, touch sreen dia telah rosak. Tak hantar baiki lagi. Banyak no orang dah hilang (hope not). 300 lebih kot nombor phone dalam tu. huhuhu...T.T

2. Buku yang aku beli masa pesta buku dulu tak habis baca lagi. Aku bab menghadap buku ni memang paling last skalik yang suka buat. Nak baca, tapi aku lebih tertarik kalo buku itu penuh dengan gambar. Kalau penuh tulisan jer, memang susah la nak habis. Kena mempunyai azam yang tinggi.

3. Aku merasakan had laju di sesetengah jalan di Malaysia adalah tidak lojik. Aku kadang2 merasakn had laju kat jalan dikurangkan 10 km/j dai average yang orang bawak. Itu yang aku rasa la. Macam kat highway aku rasa had laju boleh naik ke 120 ke 130 km/j sebab orang macam aku pun biase boleh bawak sampai 140 km/j.

4. Sepanjang aku cuti,perkara yang paling aku tak bosan buat adalah mendownload segala cerita yang aku rasa best. Aku memang giler cerita series dalam dan luar negara.

5. Dalam hujung april lepas aku telah menonton wayang 2 movie dalam sehari secara percuma. Aku bangun2 tidur, abang aku hulur 2 tiket free untuk apa2 movie kat GSC. So, aku tengok He's Just Not That Into You dengan Paul Blart: Mall Cop. Aku tengok sorang2 jela kat Mid, tak tau nak ajak sape sebab aku dapat pun lambat sangat. So, just enjoy sesorang.

Aku dah tak tau nak tulis apa lagi. Tadi macam banyak jer nak cerita. Ramai yang tengah cuti, so enjor korangnya cuti...

1 comment:

beliamuda said...

hah, kalau bab baca buku ni memang payah sikit la.. paling best baca, kat atas katil., sedar2 dah beberapa jam berlalu.. sebabnya, terlelap da..

Related Posts with Thumbnails