Sunday, July 13, 2008

UNITEN: Tiada Kaitan Secara Langsung

1. Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan mengenai perilaku sumbang majikannya di Balai Polis Travers jam 5.45 petang pada 28 Jun 2008. Dia mendakwa diliwat oleh majikannya di sebuah kondominium di Damansara 26 Jun lalu. Didalam laporannya beliau menyatakan bahawa majikannya ialah DSAI.

2. Saiful Bukhari merupakan salah seorang sukarelawan di pejabat DSAI. Beliau memulakan kerjaya barunya itu pada bulan Februari 2008, yakni semasa semua parti politik tanah air sedang hangat berkempen untuk PRU 12.

3. Kemunculannya secara tiba-tiba di dalam lingkungan pengaruh DSAI dikhabarkan tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang mengenali beliau.

4. Saiful Bukhari merupakan seorang BEKAS pelajar Universiti Tenaga Nasional (dropout). Beliau gagal menamatkan pelajarannya di Uniten. Kenyataan ini telah disahkan oleh Saiful Bukhari sendiri di dalam ruangan ulasan blog salah seorang teman.

5. Ini sekaligus menangkis dakwaan sesetengah pihak bahawa Saiful Bukhari merupakan produk @ graduan Uniten. Saya menyelar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menjatuhkan nama baik Universiti Tenaga Nasional. Kes ini secara keseluruhan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan institusi pengajian swasta tersebut memandangkan Saiful Bukhari telah ditamatkan statusnya sebagai pelajar semasa dakwaan ini dikeluarkan.

6. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan seorang mahasiswa Universiti Tenaga Nasional, saya memohon kepada Kerajaan Malaysia agar melakukan penyiasatan yang adil dan terperinci ke atas dakwaan pemuda yang berusia 23 tahun tersebut. Ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia amnya dan golongan mahasiswa khususnya terhadap institusi kehakiman negara.


dipetik dari:http://ainisazreen.wordpress.com/

nak tau lagi pasal Saiful Bukhari...Sila klik sini

No comments:

Related Posts with Thumbnails